Assalamualaikum w.r.t dan Salam 1 Malaysia kepada seluruh pengunjung-pengungjung yang meninjau ruangan blog ini. Terlebih dahulu kepada manta-mantan pelajar dan guru yang baru sahaja mendaftar sebagai ahli Alumni SMKE diucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan anda ke dalam persatuan ini, Sesungguhnya Alumni SMKE terus komited di dalam membantu pelajar dan masyarakat dengan memberikan sokongan moral dan program-program yang diatur secara kerjasama. Penglibatan dan cadangan daripada anda sekalian amatlah dihargai dan disanjungi. Terlebih dahulu sebelum jari jemari ini menaip lincah meneruskan coretan perjalanan Alumni SMKE, seribu kemaafan di pohon kerana agak sekian lama blog ini sunyi sepi sedikit disebabkan kesibukan. Namun begitu penulis tidak akan membiarkan anda terus lenyap dengan seribu satu persoalan. Biarlah kita menjadi barisan yang maju kehadapan dalam meniti kehidupan sebagai seorang insan yang berguna.
Berikut adalah sambungan daripada coretan artikel perjalan program Alumni SMKE bersama dengan UPSI, pihak Alumni SMKE juga baru-baru ini menghadiri Majlis Graduasi SMK Elopura yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMKE pada 16 November 2010 di Dewan Persona. Dalam kesibukan melayan karenah para pelajar-pelajar SMKE yang kelihatan semakin berpandangan jauh ke hadapan, pelbagai persoalan masa hadapan yang dilontarkan dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa sudah wujud kesedaran tentang masa depan. Semoga para pelajar SMKE akan terus success dan menjadi insan yang berguna.
Mengimbau kembali bulan Ogos, Alumni SMKE juga telah menempa nama di Auditorium Utama UPSI apabila sebuah program yang besar telah pun berlangsung dengan jayanya iaitu Seminar Memartabatkan Sejarah Keagungan Suluk Sabah telah berlangsung pada 7 Ogos 2010. Seminar yang dihadiri kira-kira 300 orang yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah, guru-guru dan pemimpin negeri dan juga wakil rombongan dari Sabah turut memeriahkan majlis seminar ini. Seminar telah dihadiri oleh YB Senator Datuk Armani Hj. Mahiruddi,Timbalan Speaker Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Sabah telah memberikan Ucaptama dan Perasmian Seminar serta Perasmian Pesta Kaamatan peringkat UPSI. Dalam ucapan beliau, penglibatan NGO adalah perlu dalam membantu masyarakat bersama-sama dengan golongan akademik dan juga pemimpin. Program dengan kerjasama Alumni SMKE ini juga telah mendapat impak yang amat baik daripada Yg.Bhg. Prof Dato Aminah Ayop, Naib Canselor UPSI apabila telah meletakan kajian suku etnik Suluk ini akan dilanjutkan dan dijadikan bahan sejarah di muzium UPSI dalam ucapan beliau Sempena Pesta Konvokesyen di hadapan Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun, Canselor UPSI. Dengan itu maka satu lagi program akan dijalankan pada akhir Disember ini iaitu Forum 1Malaysia : Menjana Transformasi Suku Etnik Bumiptera Sabah yang akan menonjolkan dua ahli panel(terkini)iaitu Yg. Bhg. Prof Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin, Ketua Jabatan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI dan juga Yg. Dhmt Pn Hjh Kalsom Haji Abdul Aziz Bonda SMK Elopura Sandakan. Program ini dijangka akan berlangsung pada 29 Disember 2010 di Dewan Seri Libaran(tertakluk kepada perubahan). Program ini akan melibatkan kerjasam Jabatan Belia dan Sukan Sandakan, UMNO Libaran dan juga beberapa NGO yang lain.
Selain itu juga, pihak Alumni SMKE turut menerima undangan rasmi pertemuan dengan Penasihat I Alumni SMKE iaitu YB Datuk Juslie OKK Ajirol di pejabat beliau di Bandar Labuk Jaya. Barisan kepimpinan Alumni SMKE masing-masing diwakili oleh Bonda SMKE iaitu Pn. Hjh. Kalsom, Encik Abdul Kumar Kuma, Pn. Mariani dan Cik Darmawati Jumadi. Hasil pertemuan tersebut YB Datuk akan memberikan sokongan padu dalam apa jua usaha yang dilakukan oleh Alumni SMKE untuk memajukan penduduk Sandakan terutama kawasan Libaran sebagai Hub Pendidikan kelak.
Selain itu juga pihak Alumni SMKE turut merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Darmawati atas pemergian ayahanda beliau yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan Jun lepas. Disamping itu, beberapa majlis perkahwinan Alumni SMKE juga berlangsung dan didoakn semoga kekal sejahtera hingga ke akhir hayat.
Sekian sahaja untuk kali ini laporan terkumpul dan perkembangan terkini Alumni SMKE untuk tatapn semua. Sebarang komen amatlah dialukan.
Saturday, November 27, 2010
Saturday, August 28, 2010
Sandakan FM.
Alumni SMKE terus nekad menjejaki warganya yang telah bertebaran di muka bumi untuk berbakti kepada negara. Dj radio di Sandakan FM, Salleh dan juga Dj radio di Muzik FM, Odey merupakan antara warga Alumni SMKE yang cukup membanggakan. Mungkin selepas ini bolehlah kedua-dua orang Dj ini mewariskan kemahiran mereka kepada anak-anak muda yang masih menuntut di SMKE, dan kini di SMKE juga telah diperkenalkan radio pendidikan yang dikendalikan oleh pelajar semasa waktu rehat. Tidak ketinggalan juga, pihak Alumni SMKE telah pun diundang ke Sandakan FM untuk membuat rakaman semasa bulan Jun tahun ini. Apa pun tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua orang Dj kita, tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak RTM Sandakan di atas kerjasama dalam membantu menghebahkan penubuhan Alumni SMKE yang masih berusia setahun jagung ini. ----------Sandakan FM, Bersama Mu........----------------
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga STPM yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya, masih terdapat banyak lagi peluang-peluang yang belum kita terokai dan semestinya pengalaman hidup itu lebih memberikan manfaat yang besar. Sebagai seorang pelajar, kita mestilah menghargai jasa para guru kita yang telah mendidik dan mencurahkan ilmu pengetahuan mereka kepada kita. Menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara adalah lebih utama. Untuk itu bersama-samalah kita mendoakan agar para guru kita dikurniakan kesejahteraan dan kerahmatan atas segala budi yang telah ditabur kepada kita.
Friday, August 27, 2010
Program Serentak Bulan Jun 2010.
Salam Kemerdekaan kepada seluruh warga Alumni SMKE, terlebih dahulu pihak kami ingin memohon seribu kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tidak diperbaharui bahan beritanya. Untuk sekalian kalinya, Alumni SMKE selain melakukan aktiviti kembali ke SMKE iaitu dengan menjalankan Program Ke Alam Menara Gading yang telah berlangsung pada bulan Jun tahun ini yang mensasarkan pelajar tingkatan 6 Rendah dan juga 6 Atas. meskipun diadakan selama setengah hari, namun respon yang positif dalam kalangan pelajar SMKE amat baik sekali kerana mereka dapat mengetahui perkembangan semasa dalam dunia IPT yang sebenar dan keperluan global. Program ini turut dibantu olah 3 orang Guru ROS dari UPSI iaitu Cik Kasmiati Tjahri, Cik Siti Ajara Latif, dan juga Encik Zaihan Anwar Keflee. Program ini telah dikelolakan olah Encik Mohd Fazil Bin Ajak mewakili dunia pendidikan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Encik Sahreezan Abd. Salam mewakili bidang sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Cik Siti Nadzirah Mustaffah mewakili bidang teater dan lakonan Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Manakala pada bulan yang sama, satu lagi program dengan kerjasama UPSI iaitu 'Program Jelajah Masyarakat Suluk Sabah' telah berlangsung dan dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Yg. Bhg. Dr. Seri Lanang Jaya H.j Rohani. Program tersebut turut dihadiri oleh timbalan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi dan juga Pengetua SMKE, Pn. Hjh. Kalsom Abd. Aziz.
Selain itu juga, pihak Alumni SMKE turut mengambil bahagian dalam acara larian amal bagi mengumpul dana dan pada hari yang sama, 3 orang wakil Alumni SMKE menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Kota Kinabalu. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pihak persatuan dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran organisasi. Puan Mazliah Tahir merupakan Pegawai Penolong Pendatar Pertubuhan yang banyak memberikan panduan kepada Alumni SMKE.
Selain itu juga, pihak MT Alumni SMKE turut diundang menghadiri beberapa majlis bersama pemimpin antaranya Program Juara Rakyat anjuran Wanita Umno Libaran yang telah di sempurnakan oleh YB. Senator Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil. Selain itu juga, kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Y.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga merangkap Penaung Alumni SMKE. Selain itu juga, Y.B Senator Datuk Armani Hj. Mahiruddin turut mengalu-alukan kerjasama Alumni SMKE dengan pemimpin setempat bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam membantu masyarakat di kawasan kampung dan ini selaras dengan objektif Alumni SMKE.
Friday, June 18, 2010
PENUNDAAN TARIKH PERASMIAN
MAJLIS PERASMIAN YANG DIJANGKA AKAN BERLANGSUNG PADA 26 JUN INI TERPAKSA DITUNDA KE SUATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK, PENUNDAAN INI DISEBABKAN KETIDAKSESUAIAN TARIKH KETUA MENTERI.
Tuesday, May 25, 2010
MAJLIS PERASMIAN ALUMNI SMK ELOPURA SANDAKAN SABAH
MAKLUMAT TERKINI TENTANG MAJLIS PERASMIAN ALUMNI SMK ELOPURA SANDAKAN TELAH DITETAPKAN PADA 26 JUN 2010. NAMUN ACARA SEBELUM MAJLIS PERASMIAN SUIDAH PUN DIMULAKAN PADA 25 JUN DENGAN MENGADAKAN SEMINAR 'SEHARI BERSAMA BELIA' KEMUDIAN DI AKHIRI PADA HARI AHAD 27 JUN IAITU PEMIMPIN BERSAMA BELIA. PERJALANAN ACARA YANG LENGKAP AKAN DIMAKLUMKAN SEGERA SETELAH MESYUARAT PENYELARASAN DIADAKAN PADA 27 MEI INI.
Tuesday, May 11, 2010
Penubuhan Alumni SMK Elopura Sandakan Sabah.
Alumni SMKE telah pun berdaftar secara rasmi pada 8 Desember 2009 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan cawangan Negeri Sabah. Tujuan dan matlamat utama penubuhan Alumni SMKE adalah ;
1.Menyatukan dan pengeratkan hubungan semua individu-individu yang pernah menjadi warga SMK Elopura sejak awal penubuhannya lagi
2. Mewujudkan pekongsian pintar antara ahli persatuan, warga sekolah khususnya SMK Elopura dan komuniti setempat di Sandakan.
3. Membimbing dan menjadi 'role model' kepada para pelajar SMK Elopura ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri yang murni melalui program yang dijalankan.
Oleh yang demikian, adalah dipelawa kepada mana-mana individu yang pernah menjadi warga SMK Elopura sama ada sebagai pelajar mahu pun kakitangan untuk kembali membantu pelajar dan masyarakat disamping membantu sahabat alumni yang kurang bernasib baik.
4. Mencurahkan khidmat bakti kepada masyrakat luar bandar khususnya komuniti setempat di Sandakan amnya dengan panganjuran program yang bercorak akademik.
5. Memperkenalkan SMK Elopura sebagai salah satu sekolah menengah yang mampu memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.
6. Menjadi perintis kejayaan kepada warga Sandakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)