Alumni SMKE terus nekad menjejaki warganya yang telah bertebaran di muka bumi untuk berbakti kepada negara. Dj radio di Sandakan FM, Salleh dan juga Dj radio di Muzik FM, Odey merupakan antara warga Alumni SMKE yang cukup membanggakan. Mungkin selepas ini bolehlah kedua-dua orang Dj ini mewariskan kemahiran mereka kepada anak-anak muda yang masih menuntut di SMKE, dan kini di SMKE juga telah diperkenalkan radio pendidikan yang dikendalikan oleh pelajar semasa waktu rehat. Tidak ketinggalan juga, pihak Alumni SMKE telah pun diundang ke Sandakan FM untuk membuat rakaman semasa bulan Jun tahun ini. Apa pun tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua orang Dj kita, tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak RTM Sandakan di atas kerjasama dalam membantu menghebahkan penubuhan Alumni SMKE yang masih berusia setahun jagung ini. ----------Sandakan FM, Bersama Mu........----------------
Saturday, August 28, 2010
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga STPM yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya, masih terdapat banyak lagi peluang-peluang yang belum kita terokai dan semestinya pengalaman hidup itu lebih memberikan manfaat yang besar. Sebagai seorang pelajar, kita mestilah menghargai jasa para guru kita yang telah mendidik dan mencurahkan ilmu pengetahuan mereka kepada kita. Menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara adalah lebih utama. Untuk itu bersama-samalah kita mendoakan agar para guru kita dikurniakan kesejahteraan dan kerahmatan atas segala budi yang telah ditabur kepada kita.
Friday, August 27, 2010
Program Serentak Bulan Jun 2010.
Salam Kemerdekaan kepada seluruh warga Alumni SMKE, terlebih dahulu pihak kami ingin memohon seribu kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tidak diperbaharui bahan beritanya. Untuk sekalian kalinya, Alumni SMKE selain melakukan aktiviti kembali ke SMKE iaitu dengan menjalankan Program Ke Alam Menara Gading yang telah berlangsung pada bulan Jun tahun ini yang mensasarkan pelajar tingkatan 6 Rendah dan juga 6 Atas. meskipun diadakan selama setengah hari, namun respon yang positif dalam kalangan pelajar SMKE amat baik sekali kerana mereka dapat mengetahui perkembangan semasa dalam dunia IPT yang sebenar dan keperluan global. Program ini turut dibantu olah 3 orang Guru ROS dari UPSI iaitu Cik Kasmiati Tjahri, Cik Siti Ajara Latif, dan juga Encik Zaihan Anwar Keflee. Program ini telah dikelolakan olah Encik Mohd Fazil Bin Ajak mewakili dunia pendidikan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Encik Sahreezan Abd. Salam mewakili bidang sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Cik Siti Nadzirah Mustaffah mewakili bidang teater dan lakonan Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Manakala pada bulan yang sama, satu lagi program dengan kerjasama UPSI iaitu 'Program Jelajah Masyarakat Suluk Sabah' telah berlangsung dan dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Yg. Bhg. Dr. Seri Lanang Jaya H.j Rohani. Program tersebut turut dihadiri oleh timbalan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi dan juga Pengetua SMKE, Pn. Hjh. Kalsom Abd. Aziz.
Selain itu juga, pihak Alumni SMKE turut mengambil bahagian dalam acara larian amal bagi mengumpul dana dan pada hari yang sama, 3 orang wakil Alumni SMKE menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Kota Kinabalu. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pihak persatuan dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran organisasi. Puan Mazliah Tahir merupakan Pegawai Penolong Pendatar Pertubuhan yang banyak memberikan panduan kepada Alumni SMKE.
Selain itu juga, pihak MT Alumni SMKE turut diundang menghadiri beberapa majlis bersama pemimpin antaranya Program Juara Rakyat anjuran Wanita Umno Libaran yang telah di sempurnakan oleh YB. Senator Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil. Selain itu juga, kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Y.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga merangkap Penaung Alumni SMKE. Selain itu juga, Y.B Senator Datuk Armani Hj. Mahiruddin turut mengalu-alukan kerjasama Alumni SMKE dengan pemimpin setempat bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam membantu masyarakat di kawasan kampung dan ini selaras dengan objektif Alumni SMKE.
Subscribe to:
Posts (Atom)