Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011



PERUTUSAN YANG DIPERTUA ALUMNI SMK ELOPURA
(AURA)



16 Mei 2011- Hari bersejarah untuk seluruh individu yang bergelar guru. Jasa mereka dalam mendidik dan memimpin anak bangsa tidak boleh disangkal lagi. Sejak dari zaman dahulu kala para nabi sehinggalah sekarang. Jika dilhat rentetan sejarah guru di tanah air kita ini, bermula dari zaman SITC iaitu Sultan Idris Training College di Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan kini Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah membangkitkan semangat nasionalisme rakyat jelata untuk membangunkan negara, bebas daripada cengkaman mutlak penjajah. Guru Pelita Hidup! bukan sahaja menerangi malah mengabdikan diri dalam membentuk anak bangsa untuk masa depan negara. Namun kalau dilihat secara mendalam, guru bukan sahaja mereka yang terlibat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertindak mengajar di sekolah, tetapi juga, mana-mana individu yang mengajarkan sesuatu yang baik dan baru kepada kita merupakan guru secara tidak langsung. Guru yang awal dalam diri setiap insan ialah kedua ibu bapa mahupun ahli keluarga yang membentuk diri kita tika kita kecil lagi. Dimana-mana sahaja kita sewajarnya menghormati guru dan sentiasa mewujudkan hubungan yang baik bersama mereka. Hubungan antara murid dan guru tidak seharusnya putus ketika tamatnya sesi persekolahan, biarlah guru menjadi insan yang sentiasa bersama kita walau apa pun status kita sekarang. Yang dulu sudah menjadi kenangan yang perlu disanjung dan dipelihara sebagai khazanah warisan pengalaman diri untuk dikongsikan bersama generasi muda.









Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara merupakan tema yang dipilih kali ini amat bersesuaian sekali mengikut keadaan dan zaman sekarang. Guru bertindak suara rakyat dari peringkat bawahan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan perit indah rakyat yang memerlukan pendidikan untuk ke arah kecemerlangan diri dan keluarga. Guru juga bertindak sebagai penggubal untuk meningkat imej perguruan dan kualiti pendidikan negara. Sememangnya sistem pendidikan negara perlu sentiasa dikaji dan diselidiki oleh mereka yakni guru-guru pakar yang masak dengan persekitaran masyarakat kita bermula dari kawasan bandar sehinggalah ke pedalaman.






Bila duduk, duduk berguru



Bila tegak, tegak bertanya



Bila merantau mencari ilmu



Bila berjalan mencari teladan



Bila berkayuh mencari contoh






Apa tanda guru bertuah



Tahu deiri dengan perinya



Tahu hak dengan kewajipannya






Sesungguhnya profesion perguruan perlulah dipandang tinggi dan mulia sesuai dengan bebanan tugasnya. Kelompok guru lazimnya mampu memandang jauh ke hadapan. Maka tidak hairanlah, ramai daripada kalangan pemimpin kita terdiri daripada mantan guru yang pernah bertugas sebelum menjadi pemimpin politik.






Apa tanda guru bertuah



Sempadan ilmu dengan imannya



Lahirnya hebat



Batinya sempurna






Satu lagi sifat guru ialah sifat rendah hati. Sifat ini cerminan akan kebesaran hati seorang guru, tahu diri dan menghormati orang lain.






Tanda guru rendah hati



Sombong dan bongkak dia jauhi



Bercakap besar ia tak sudi



Pantang memuji diri sendiri



Bermegah-megah ia hindari






Apa tanda guru terbilang



Dalam bergaul menghormati orang



Berkata lembut tidak temberang



Bersopan santun muka belakang



Hati lurus fikiran panjang



Membesarkan diri ia berpantang



Tahu diri banyak yang kurang






Sifat seperti inilah yang wajar dicontohi oleh kita yang bergelar murid, walau dimana jua kita berada. Sesungguhnya pengorbanan mereka merupakan satu nikmat yang terhingga kepada kita.Kepada seluruh guru-guru dan Ahli alumni SMKE, diucapkan selamat menyambut Hari Guru 2011! Sekian terima kasih.









Friday, March 4, 2011

Kejayaan Anda Kebanggaan Kami!


Assalamualaikum warohmatullah hibawarokatuh dan Salam 1Malaysia 1Aora (Alumni Elopura), Setinggi tahniah kepada semua anak kandung SMKE yang berjaya meneruskan ujian STPM dan SPM, keputusan yang diterima mungkin ada yang terasa luar jangkaan, sedikit kecewa, hampa, bangga sikit, ataupun rasa syukur dan nekad bahawa itu bukanlah penamat kehidupan di usia yang muda...Saya percaya, bahawa anda semua telah melakukan yang terbaik dan selepas ini adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemudi diri ke arah manakah tempat yang hendak dituju. Kepada lepasa STPM, sudah pasti berduyun-dunyunlah calon yang mengisi UPU, IPG, IPTS, SPA dan bermacam-macam lagilah pilihan. SPM pula akan memikirkan sama ada meneruskan pengajian peringkat Diploma, STPM, SPA, mahupun IPG. Sesungguhnya semua itu adalah ditangan anda sekalian untuk memilih pilihan yang terbaik, dan yang penting sekali berharap pilihan tersebut menjadikan anda lebih baik lagi di masa akan datang sebagai insan/rakyat yang berguna di negara ini. Mungkin agak besar bayangannya, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apa pun keputusan yang diterima, itu bukanlah penamat untuk kita terus berbangga atau mengalah. Perlu proaktif dan dinamik serta kreatif dalam usaha kita menjadikan diri termasuk dalam kelompok yang berdaya saing serta individu yang memiliki nilai-nilai modal insan yang bukan sahaja menumpukan aspek duniawi malah akhirat juga turut dititberatkan. Apa jua tindakan yang diambil, janganlah membuat keputusan bersendirian, mintalah nasihat dan pandangan daripada orang yang terdahulu, bagi mendapatkan jawapan dan cadangan yang boleh difikir-fikirkan, Sesungguhnya, duduk seorang bersempit-sempitan, duduk beramai berlapang-lapangan. Maknanya, apa jua beban yang terbeku di dalam minda, perlulah dicurahkan melalui perbincangan pandangan untuk memperoleh keringanan dan kepuasan dalam menghadapi kesukaran. Selamat Maju Jaya, Jadilah pewaris Aora yang berjiwa kental penuh semangat untuk mencurahkan bakti kembalik di sekolah kebanggaan kita, negeri dan negara...

Saturday, January 8, 2011

Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah



Alumni SMKE merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan TYT YDP Negeri Sabah yang baru iaitu YB. Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin. TYT merupakan contoh yang boleh diambil oleh para pelajar, TYT merupakan seorang anak kampung yang dilahirkan di Pulau Tambisan Sandakan, Sabah (kini Lahad Datu). Kejayaan beliau bermula dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Sastera Undang-Undang Walverhampton Poly University, England pada tahun 1977 dan mula berkhidmat sebagai majistret kelas pertama dan kini dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yand Di Pertua Negeri Sabah ke-10. Terdapat ramai juga anak-anak tambisan yang pernah menuntut ilmu di SMKE sepatutnya berbangga dan menjadikan beliau sebagai role model, tidak kurang juga anak-anak kampung yang ramai bersekolah di SMKE juga perlu berfikiran optimis ke hadapan.


Semoga Negeri Sabah akan terus Maju Jaya dibawah Naungan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri. DIRGAHAYU TYT!

TRANSFORMASI 2011

Assalamualaikum w.r.t dan salam 1Malaysia kepada seluruh warga pembaca blog alumni smke yang budiman. Tahun 2010 telah berlalu dan alumni SMKE terus komited mengejar objektif tanpa mengenal erti putus asa. Segala kekurangan pada tahun 2010 dijadikan sebagai satu titik sempadan dan diambil sebagai pengajaran. Harapan di tahun baru masihi dan juga hijrah pada kali ini pihak alumni mendoakan agar keseluruhan warga alumni smke menemui kesejahteran, perlindungan dan kerahmatan daripada Allah Aza Wajalla.

Hasrat utama pihak Alumni SMKE adalah untuk merealisasikan majlis pelancaran yang telah tertangguh sekian lama, pihak tertinggi alumni dengan kerjasama pihak-pihak terlibat juga sudah bersetuju meletakkan tarikh cadangan antara akhir bulan Mei dan awal bulan Jun sebagai tarikh pelancaran. Dijangkakan sebelum pelancaran tersebut juga akan diadakan program Baktisiswa bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah dan juga Majlis Penyerahan Resolusi 10 Perkara Belia Sandakan kepada YAB Ketua Menteri Sabah. Kejayaan program dibawah alumni ini memerlukan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang terlibat dan tahun 2011 adalah tahun yang memberikan harapan besar kepada alumni smke dan juga SMKE untuk menggiatkan lagi kerjasama dengan pihak berkaitan samada swasta mahupun kerajaan.