Friday, March 4, 2011

Kejayaan Anda Kebanggaan Kami!


Assalamualaikum warohmatullah hibawarokatuh dan Salam 1Malaysia 1Aora (Alumni Elopura), Setinggi tahniah kepada semua anak kandung SMKE yang berjaya meneruskan ujian STPM dan SPM, keputusan yang diterima mungkin ada yang terasa luar jangkaan, sedikit kecewa, hampa, bangga sikit, ataupun rasa syukur dan nekad bahawa itu bukanlah penamat kehidupan di usia yang muda...Saya percaya, bahawa anda semua telah melakukan yang terbaik dan selepas ini adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemudi diri ke arah manakah tempat yang hendak dituju. Kepada lepasa STPM, sudah pasti berduyun-dunyunlah calon yang mengisi UPU, IPG, IPTS, SPA dan bermacam-macam lagilah pilihan. SPM pula akan memikirkan sama ada meneruskan pengajian peringkat Diploma, STPM, SPA, mahupun IPG. Sesungguhnya semua itu adalah ditangan anda sekalian untuk memilih pilihan yang terbaik, dan yang penting sekali berharap pilihan tersebut menjadikan anda lebih baik lagi di masa akan datang sebagai insan/rakyat yang berguna di negara ini. Mungkin agak besar bayangannya, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apa pun keputusan yang diterima, itu bukanlah penamat untuk kita terus berbangga atau mengalah. Perlu proaktif dan dinamik serta kreatif dalam usaha kita menjadikan diri termasuk dalam kelompok yang berdaya saing serta individu yang memiliki nilai-nilai modal insan yang bukan sahaja menumpukan aspek duniawi malah akhirat juga turut dititberatkan. Apa jua tindakan yang diambil, janganlah membuat keputusan bersendirian, mintalah nasihat dan pandangan daripada orang yang terdahulu, bagi mendapatkan jawapan dan cadangan yang boleh difikir-fikirkan, Sesungguhnya, duduk seorang bersempit-sempitan, duduk beramai berlapang-lapangan. Maknanya, apa jua beban yang terbeku di dalam minda, perlulah dicurahkan melalui perbincangan pandangan untuk memperoleh keringanan dan kepuasan dalam menghadapi kesukaran. Selamat Maju Jaya, Jadilah pewaris Aora yang berjiwa kental penuh semangat untuk mencurahkan bakti kembalik di sekolah kebanggaan kita, negeri dan negara...

1 comment: